Mengenang Fathi Yakan July 6, 2009
Posted by hariszuan in nota tambahan.add a comment
Salah satu aspek terpenting yang menjadi sorotan utama Yakan adalah masalah keluarga. Sebab kedudukan dan peran yang sangat penting dari sebuah keluarga, Yakan pun menjadikan hal tersebut sebagai poros kunci pemikirannya, yang selalu ia wasiatkan kepada para da’i setelahnya. Hemat Yakan, kesuksesan sejati bagi seorang pribadi dai Muslim berpangkal dari keluarga, atau hal yang disebut sebagai Yakan sebagai ad-dakhil (esensi, inside), untuk kemudian barulah al-kharij (outside). Seorang da’i sejati pastilah akan berhasil terlebih dahulu membangun dan membina keluarganya, jauh sebelum ia membangun umatnya. Karena, dari dalam keluarga itulah segala sesuatu itu bermula. Dan Yakan telah membutikan hal tersebut. Ia telah terbukti menjadi sosok ayah dan pemimpin keluarga yang baik bagi keluarganya, bagi anak dan isterinya. Sebab itu jualah kemudian Yakan menjadi panutan dan pemimpin bagi ummatnya. Dalam sebuah wawancaranya dalam program Ziarah Khusus di kanal televisi Aljazeera Qatar, yang saat itu mengupas tentang masalah keluarga, Yakan mengatakan jika ia memilih istrerinya karena keelokan pemikirannya dan akhlaknya, spirit hidupnya yang senantiasa dibalut oleh akhlak, yang menjadikan perempuan tersebut cantik dan sukses dalam segala sesuatu. Dan bagi Yakan, kecantikan pikiran dan akhlak itulah ukuran sekaligus esesni sejati bagi kecantikan seorang perempuan. Yakan menolak pemikiran yang mengandaikan jika perempuan hanya berfungsi sebagai makhluk yang diciptakan dan ditakdirkan untuk mengurusi dapur (matbakh), kasur (makhda’), dan sumur (maghsal) saja. Tetapi dalam ajaran Islam yang benar, hemat Yakan, perempuan jauh berperan lebih dari itu. Yakan mencontohkan kehidupan rumah tangga Rasulullah sebagai teladan yang utama. Rasulullah tak memperlakukan isteri-isteri beliau dengan konsep pemikiran dan perlakuan negatif di atas, tetapi Rasulullah juga menjadikan mereka sebagai “syarikah” (miyra) kooperatif dalam hidupnya. Rasululah, misalnya, kerap memintai pendapat fikih kepada Aisyah, dan memang Aisyah pun mampu menjadi sosok alim yang berani bersaing dengan para sahabat lainnya. Salah satu wasiat penting Yakan kepada para keluarga Muslimah adalah agar senantiasa menjaga frekuensi spiritual dan ritual kepada Sang Pencipta. Yakan mengatakan, jika banyak dari keluarga yang pada akhirnya mengalami prahara dan berujung kepada kehancuran karena jauh dari tuntutan ajaran Islam, karena rendahnya frekuensi spiritual dan ibadah mereka kepada Sang Khaliq.
BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG July 3, 2009
Posted by hariszuan in membangunkan otak, nota tambahan.add a comment
BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG
Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.
Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.
Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.
Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins – Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.
Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.
Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’. (more…)
Penalti Penanti May 21, 2009
Posted by hariszuan in merepek.1 comment so far
Apabila Barisan Nasional (baca: kerajaan pusat) memutuskan untuk tidak bertanding maka menjerit – jeritlah akbar etnonasionalis Melayu menyatakan sokongan terhadap keputusan itu. Membazir! Agenda pembangkang! Lebih baik menumpukan pada soal pembangunan dan ekonomi rakyat. Apakah makna disebalik kata – kata ini? Adakah pilihan raya kecil membelakangkan rakyat? Adakah mengadakan pilihan raya suatu pembaziran? Bagaimana untuk kita mentafsirkan kata – kata ini? Dalam system demokrasi berpalimen yang kita anuti kita memang menjadi hak mana – mana pihak (termasuk individu) untuk menawarkan diri bertanding mahu pun tidak. Itu hak. Barisan Nasional menggunakan hak mereka. Namun, sedikit masa dahulu, apabila Pas menyatakan rungutan terhadap perjalanan proses pilihan raya dan berura – ura untuk memboikotnya, maka UMNO (more…)
Mana datangnya agama? bahagian 1 May 3, 2009
Posted by hariszuan in nota tambahan.add a comment
Pengalaman beragama merupakan fenomena social yang tidak mudah untuk difahami dan diteorikan. Tiada siapa yang dapat menyatakan dengan pasti – dalam masa yang sama mampu meyakinkan – sejak bila manusia beragama. Malah mentakrifkan agama itu sendiri punya kompleksiti yang bukan sedikit. Secara umumnya, daripada sudut sosiologi, agama adalah respon kepada ketakutan manusia. Agama berfungsi untuk memberikan manusia rasa selamat dan terpelihara. Agama juga bagi mewujudkan rasa kawalan terhadap alam yang tidak terkawal ini. Sebagai contoh, manusia tidak mampu mengawal cuaca, namun, dengan memuja Tuhan Langit yang menjaga angin mereka merasakan bahawa mereka telah mengamankan taufan dan mengelakkan kemarau. Peningkatan kemampuan manusia-proto dalam membangun dan mewarisi ilmu nenek moyang mereka telah membantu mereka meningkatkan survival mereka dalam dunia yang kejam dan tidak teramal ini. Dalam masa yang sama wujud konsep kesementaraan kehidupan di dunia ini apabila mereka sedar akan tiba satu titik masa kematian yang tak terelak. Ketika evolusi manusia–proto kepada homosepiens sepenuhnya, mereka mula mempersoalkan persekitaran dan diri mereka, selari dengan peningkatan kemampuan berfikir mereka.
Apa yang mengawal musim; pergerakan rutin matahari, terbitnya bintang, hilangnya bulan?
Perkara apa yang mengawal alam sekitar; hujan, banjir, kemarau?
Siapa yang mengawal kesuburan; tribe mereka, haiwan ternakan, tanaman?
Apakah system moral yang terbaik untuk mengekalkan kestabilan tribe?
Dan persoalan yang jauh lebih besar; apa yang akan terjadi setelah kematian?
Cerita satu jengkal April 23, 2009
Posted by hariszuan in cerpen.add a comment
Baik atau tidak?
Pagi itu, waktu matahari maseh segan menzahirkan sinarnya (ceh, klise sungguh) aku sudah siap terceratuk di stesen komuter. Hari itu aku nak pulang ke Johor. Aku beli tiket terus ke Seremban. Sampai.
Jalan kaki ke stesen bas Seremban yang sedikit terpisah dengan stesen komuter itu. Atau stesen komuter itu yang sedikit terpisah dengan stesen bas. Entahlah, malas nak fikir yang mana betul. Minta – minta tiket bas maseh ada, aku jarang beli tiket awal. Bukan sebab yakin bas ada tapi yakin aku tetap akan sampai Johor. Benar, bas ada tapi jam 5.30 petang. Aku kerling jam tangan pemberiang orang, jam 10 kurang 17 minit tepat. Bagaimana harus aku isi masa 7 jam 47minit ini? Seorang diri..
Tak mengapa, dapat jalan – jalan dulu, aku buat alasan pada diri aku. Selesai makan mee goreng di restoran Kayu Manis yang letaknya betol – betol tepi simpang empat dekat perpustakaan negeri aku pon bayar. Tak kan tak bayar plak. Aku sedikit jengkel bila Pak Cik misai tu menyebutkan harga makanan aku dalam Ringgit Malaysia. “ Cis, cekik darah!” Aku tengking Pak Cik Misai tu tapi dalam hati je lah..
Nak cuci mata, awek sekolah belum balek lagi, baru jam 11 lebih skit. Jadi aku berjalan – jalanlah dengan slumber dan yakinnya tanpa arah tujuan. Dalam pada aku berjalan itu, terlihat oleh aku dua orang budak lelaki yang aku agak – agak umurnya tak lebih daripada 10 tahun 8 bulan. Tak pegi sekolah ke budak ni? Bila pulak Negeri Sembilan public holiday hari Selasa? Mereka berdua berjalan berpimpinan, seorang berbaju melayu tapi berseluar pendek. Sedikit aneh fesyennya pada hemat aku. Kawannya atau saudaranya – entahlah aku tak tau siapa, yang penting temanny yang seorang lagi itu – berbaju t shirt belang –belang biru hijau, ada kesan hingus di hujung bajunya, aku agak je lah dari coraknya. Asyik aku melihat mereka. Aku hampiri mereka. Seluk kocek kiri. Kaut segenggam. Aku hulur. Mulanya mereka tercengang kemudian yang baju belang terus capai pemberian aku. Aku senyum.
“kongsi ye..” baik je ayat aku, macam hero Tamil yang macam nakal tapi rupa – rupanya berhati lembut pada kanak – kanak. Fuh, macho. Aku berlalu.
“ bagi r aku jugak..!” aku dengar budak dengan baju Melayu tu jerit temannya dari belakang. Rupanya mereka berebut. Aku buat tak dengar.
“ abang, die taknak kasi..” si kawan mula menangis. Aku serba salah. Aku jalan terus.Petang itu, waktu dalam bas aku seluk kocek kiri. Tinggal dua biji je gula – gula aku. Huh, baik atau tidak perbuatan aku tadi?
Persoalan falsafah tu.. April 20, 2009
Posted by hariszuan in membangunkan otak, nota tambahan.add a comment
Antara persoalan falsafah politik yang sering dibahaskan sejak zaman Greek – Yunani lagi adalah persoalan kekuasaan pemerintah dan kepatuhan rakyat. Hal ini berkait dengan soal autoriti dalam pemerintahan. Namun begitu, dalam konsep kekinian persoalan sejauh mana autoriti pemerintah dalam mengawal, menentu, dan mencatur kehidupan rakyat harus diperbahaskan semula. Dalam era globalisasi ini tidak dapat tidak, ekonomi menjadi faktor pengggerak dalam semua bidang. Analisa ekonomi adalah lebih jelas dalam membedah tindakan dan perlakuan politik. Maka dengan itu, persoalan falsafah politik yang wajar kita bincangkan kini dengan serius adalah persoalan sama ada pemerintah wajar mencampuri urusan ekonomi Negara? Hal ini merupakan perdebatan yang dinamik dan setiap sisi pandangan punya kekuatan hujahan masing – masing. Dalam masa kemelesetan ekonomi dunia ini, persoalan ini semakin releven untuk diperbahaskan. Semangat neo- liberal (neo – klasik?) kini semakin dominan, Hayek umpamanya; banyak mempopularkan kembali idea – idea Adam Smith dan Ludwig von Mises. Wacana liberal ini semakin gencar semenjak tahun 1970 (waktu Keynesian semakin hilang pengaruh). (more…)
ke Pesta Buku April 19, 2009
Posted by hariszuan in jalan - jalan.add a comment
Semalam sempat berjalan – jalan sebentar di pesta buku Kuala Lumpur. Sebenarnya, aku tak rancang pun nak ke sana, tambah pula dua hari menjelang exam. tapi sebab ada urusan sedikit di Putra, maka aku lapngkan sedikit waktu untuk menjengah. Nampak gah, Gerai jualan sesak, sampai nak berjalan pun terasak – asak. Yang tua nak melangkah pasti teragak. Aku lihat gerai Ujang yang paling ramai pengunjung, mana taknya, beg dengan dua buah majalah Ujang hanya RM4.00, huh murah tu..(tapi aku tak beli r..Rm4 tu lepas tambang komuter,hehe..ujung sem..) 
kemudian aku terpandang buku Khalil Gilbran (The Prophet) yang diam dalam peti kaca, rupanya buku itu diharamkan di Malaysia. Aku bertanya kepada pertugas itu, Mengapa buku Khalil Gilbran yang mahsyur ini diharamkan? Dengan lurus (bendul) aku bertanya. Maka jawab akak manis yang aku agak – agak dah 26 kali sepanjang hari itu ditanya soalan sama, dengan ramah di jawab, buku ini merosakkan akidah. Klise. “ tingkatnya terlalu tinggi, orang tak paham, tambah pula dalam buku ini dilukis gambar nabi”. Tambahnya lagi. “ itukan edisi omputeh, kalau masalahnya gambar nabi, maka padamkan jelah gambar itu, bukan bukunya, soal tak faham itu kan sebab salah kita, kenapa buku yang dihukum?” aku bertanya, bukan untuk jawapan. Cuma aku takut kelak, bila mereka tidak faham buku Ujang, habes buku itu diharamkan, huh..jangan sampai itu terjadi.
Aku jalan lagi.
Singgah di gerai buku Dari Bhasa Penjajah (DBP). Terjumpa sebuah buku Tesaurus Bahasa Melayu. Barang siapa yang tak belajar Bahasa, mungkin haram tak pernah dengan perkataan Tersaurus. Bukan tempatnya untuk kita panjang – panjangkan cerita makana tersaurus ini, googlekan aje..tapi soalnya kenapa gune perkatan inggeris ? sedangkan buku itu menghimpunkan perbendeharaan kata Bahasa Melayu lengkap dikategorikan, perkataan sinonim-antonimnya (sebagaimana ciri tersaurus). Apakah bahasa melayu tak punya istilah untuk itu? Atau kita tak mampu mencipta istilah? Kamus pun bukan bahasa kita, adakah memangnya Melayu ini tak ada tradisi mengkaji bahasa?
Aku jalan – jalan lagi.
Kali ini jalan pulang. Hanya sempat membeli sebuah buku Pak Hamka; Merantau Ke Deli.
Memikirkan kembali fungsi universiti.. April 16, 2009
Posted by hariszuan in membangunkan otak, merepek.Tags: ukm, universiti
add a comment
Universiti mempunyai makna yang cukup akrab dengan ilmu. Newman merujuk university sebagai “School of Universal Learning” di mana university menjadi pusat ilmu dalam apa bidang sekali pun dan sentiasa kehadapan dalam memandu masyarakat. University seharusnya menjadi tanda aras ketamadunan dan ketertinggian intelektual masyarakatnya. Nilaian university terbaik adalah university yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya sahaja malah turut mengesan masyarakat umumnya. Impak yang dimaksudkan sudah tentunya merujuk kepada memberi jawapan terhadap polemic yang wujud dalam kalangan masyarakatnya sama ada yang bersifat structural mahupun yang berciri semasa dan dalam masa yang sama, sentiasa menawarkan idea – idea baharu. (more…)
Barat dengan Timur April 6, 2009
Posted by hariszuan in membangunkan otak, nota tambahan.add a comment
‘Falsafat Timur’ adalah tradisi falsafah yang terutama berkembang di Asia, khususnya di India, Tanah Besar China, Asia Tenggara, Asia Barat dan daerah-daerah lain yang mana budaya dan tradisi amat akrab dengan pembinaan ilmu falsafahnya. Sebuah ciri khas Falsafah Timur ialah dekatnya hubungan falsafah dengan agama. Meskipun hal ini bukan milih ekskusif falsafah Timur kerana pemikiran Barat tidak seluruhnya sekuler – terutama di Abad Pertengahan- contohnya St Agustine dan Aquinas, tetapi di Dunia Barat filsafat ’rasionalisme’ masih lebih menonjol daripada agama. Apabila bicara soal falsafah Timur nama – nama seperti Siddharta Gautama/Buddha, Bodhidharma, Lao Tse, Kong Hu Cu, Zhuang Zi dan juga Mao Zedong pastinya menjadi rujukan sebagai tokoh pemikiran dunia sebelah sini. (more…)
IndralokaNIRVANA March 28, 2009
Posted by hariszuan in jalan - jalan, merepek.add a comment



